Antena Mogi 2m

Pada 1 Jun 2017, saya telah berkelapangan untuk menghasilkan satu lagi antena bagi 2m. Antena ini dipanggil Antena Mogi. Antena Mogi ialah gabungan dari 2 jenis antena iaitu Moxon dan Yagi-Uda. Idea supaya membina antena ini diberikan oleh Abg Nazri, 9W2NDQ. Bagi mendapatkan pengiraan saiz antena, saya telah menggunakan ‘Moxon Calculator’.

Image 3Moxon Calculator.

Bagi menjadi antena ini seperti antena Yag-Uda beberapa ubah suai perlu dibuat iaitu dengan menambah 2 ‘Director’.

Tambahan ‘Director’:

1. ‘Director’ yang pertama, panjangnya ialah 13.1 inch dan diletakkan dengan jarak 1 inch dari elemen ‘Driven’.

2. ‘Director’ yang kedua pula, panjangnya ialah 12.2 inch dan diletakkan dengan jarak 3.4 inch dari elemen ‘Driven’.

Bahan:

1. Paip Elektrik 20 mm.

2. Wayar elektrik 14 gauge.

3. Pengikat wayar.

Bagi projek ini, saya menggunakan paip elektrik yang bersaiz 20 mm. Jadi ukuran batang paip seperti rajah 1 yang saya nyatakan mungkin adalah berbeza jika anda mengguna saiz yang berlainan. Ukuran yang saya buat ini juga mengambil kira saiz penyambung yang digunakan.

Image 1Rajah 1.

Image 2Ukuran penyambung.

Pemotongan paip:

1. Hanya potong mengikut ukuran yang saya nyatakan seperti dalam rajah 1.

2. Seterusnya, jika dilihat pada tanda huruf ‘P’, ia adalah tempat yang memerlukan anda memotong sedikit bahagian penyambung sebanyak 1 cm sahaja.

3. 2 lubang perlu dibuat pada penyambung bewarna kuning cerah dan penyambung T bagi membolehkan wayar yang akan dijadikan ‘Director’ boleh melalui penyambung tersebut.

P_20170601_134518Paip elektrik 20 mm.

P_20170601_141626Bahagian P yang perlu dipotong 1 cm.

P_20170601_1432404 lubang yang perlu ditebuk.

P_20170601_144036Penyambungan paip yang telah siap.

Pemasangan wayar:

1. Sila rujuk rajah 1 jika anda menggunakan paip elektrik 20 mm.

2. Bagi wayar di sebelah ‘Reflector’, ia akan mula dipasang dari hujung bahagian D. Kemudian ditarik melalui penyambung A sehingga ke bahagian E. Panjang keseluruhan wayar jika dikira ialah 102.6 cm.

3. Bagi wayar di sebelah ‘Driven Element’, wayar akan ditarik dari hujung bahagian F melalui penyambung sehingga ke penghujung bahagian G.

4. Kemudian, wayar tersebut akan dipotong ditengah-tengah bahagian B dan C bagi penyambungan fed point.

5. Kemudian wayar sepanjang 33.3 cm akan dipotong untuk dijadikan ‘Director’ yang pertama dan diikat di bahagian paip luar ‘Driven Element’.

6. Wayar sepanjang 30.7 cm pula akan dipotong untuk dijadikan ‘Director’ yang kedua.

P_20170601_153517Penyambungan wayar yang telah siap.

Penyambungan ‘Fed point’:

1. Bagi ‘Fed point’ antena mogi ini, ia ditanda dengan huruf ‘B’ dan ‘C’ di dalam rajah 2 dan jarak antara kedua-dua adalah lebih kurang 1 – 2 cm sahaja.

2. Teras kabel RG-58 akan disambung pada salah satu sambungan sama ada di B atau C.

3. Braid pula akan disambung pada bahagian yang satu lagi. Bagi penyambungan ini, saya hanya menggunakan klip buaya.

P_20170601_154429Penyambungan fed point.

Seterusnya, proses uji pancar dilakukan dari base saya di Batu 16, Dusun Tua, Hulu Langat. Saya menaikkan antena setinggi 12 kaki dari paras bumi. Hasilnya amat memuaskan. Saya menerima audio rakan dari 9M2RGH dan 9M4RLG melalui handy saya dalam R5. Apabila saya cuba memancar dengan kuasa 5W, rakan-rakan dapat mendengar audio saya dalam R4. Setelah diuji lagi, saya juga berjaya mencapai pancar ulang seperti 9M4RBC, 9M4RES dan 9M4RZS dengan mengunnakan antena ini.

Jika dilihat, saya telah memasang antena ini secara menegak bukannya melintang. Hal ini adalah kerana berdasarkan pengujian yang saya lakukan, apabila saya memasangnya secara melintang, saya tidak dapat memancar ke semua pancar ulang yang saya nyatakan tadi. Jadi, ianya bergantung kepada geografi tempat anda naikkan antena, ketinggian antena tersebut dan beberapa faktor lain. Kemudian, saya juga telah membuat penilaian berkaitan nilai SWR semasa TX. Hasilnya juga memuaskan dengan nilai SWR di bawah 1.5 dengan kuasa pancaran 5W.

P_20170601_155137Nilai SWR.

P_20170601_163545Antena Mogi 2m.

Selamat mencuba untuk membina antena ini. Semoga berjaya. Sebarang pembetulan, cadangan atau komen amat saya hargai. Sila kongsikan di ruang komen di bawah.

Rujukan:

1. 6dB Gain on 2 Bands for $6.

Advertisements

2 thoughts on “Antena Mogi 2m

  1. Che Ly Jimbit

    Alhamdulillah. Rupanya bakal guru, Zakwan. Jangan mudah putus asa dan teruskan minat anda yang penuh dengan warna-warni ini.

    de,
    9W2AWY

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s