Jamuan Akhir Sem 7

Pada 7 Mei 2017, satu jamuan akhir semester 7 telah diadakan di Min House Camp, Kubang Kerian. Program ini telah dirancang 3 minggu lebih awal dan tempat ini merupakan tempat yang pertama kali buat kebanyakan ahli kelas kami. Lebih kurang RM250 digunakan untuk membeli bahan-bahan makanan seperti daging kambing, daging ayam, sosej dan lain-lain.

Program ini telah bermula seawal jam 5 petang dengan solat Asar dan diikuti aktiviti berkayak. Secara peribadi, kawasan berkayak yang disediakan boleh dikategorikan sebagai memuaskan. Lebih bagus lagi, jika kami boleh mandi di sungai tersebut. Namun disebabkan faktor air yang kurang bersih, maka hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

Sementara itu, kawan-kawan perempuan membantu untuk membakar ayam dan sosej di tempat barbeku yang telah disewa dengan harga RM50. Setelah siap berkayak, kami mengambil alih tugas membakar daging dan kawan perempuan kami pula memotong buah mangga. Istimewanya, terdapat tetamu khas iaitu Umar dan Laila, suami dan anak perempuan pertama kepada Shahriah yang turut hadir untuk memeriahkan lagi aktiviti jamuan yang diadakan.

Proses membakar daging kambing.

Daging ayam dan kambing yang telah siap dibakar.

Sebelum tamat, kami telah bersepakat memilih Mukhlis sebagai Ketua Kelas dan Aziana sebagai Penolong Ketua Kelas bagi semester depan iaitu merupakan semester akhir kami di IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan. Program telah tamat lebih kurang pada jam 8 malam.

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat merapatkan lagi hubungan persahabatan sesama ahli kelas Pendidikan Islam ambilan Januari 2014.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s