Membina 1:1 Air Balun

Pada 31 Mac 2017, saya telah mengambil peluang untuk cuba membina 1:1 Air Balun. Balun ini dibina tanpa menggunakan ferrite. Sebelum mebina balun tersebut saya telah membeli wayar enamel bersaiz 1mm di Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

Wayar enamel tersebut akan dililit pada paip elektrik yang bersaiz 25mm. Pada mulanya agak sukar untuk mengatur kedudukan wayar kerana ini adalah pertama kali saya membina balun tersebut. Saya telah menggunakan botol 100PLUS bersaiz 500ml sebagai pelindung luarnya. Berikut ialah cara lilitan dibuat dengan menggunakan 3 wayar enamel yang berasingan:

Lilitan wayar enamel.

Saya mengambil masa hampir 3 jam untuk menyiapkan balun tersebut. Satu masa yang lama bagi percubaan pertama. Apabila diuji bagi frekuensi 40m dengan SWR Antenna Analyzer MFJ-259C kepunyaan 9W2YZI, nilai R ialah lebih kurang 60 dan nilai SWR pula adalah dalam lingkungan 1.2 – 1.4 sahaja. Berikut ialah hasilnya:

1:1 Air Balun.

1:1 Air Balun.

1:1 Air Balun.

Sebarang teguran dan cadangan amat dihargai. Salam sayang dan perkenalan dari 9W2ZOW. Semoga berjumpa di udara atau di daratan.

Rujukan luar:

1. 1:1 Air Balun (Non Ferrite).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s