Kembaraduga Gunung Stong

Pada 10 – 11 Mac yang lalu, saya telah mengikuti satu program kelolaan Regimen 506 iaitu Kembaraduga Gunung Stong. Saya telah mengetahui tentang aktiviti sebulan lebih awal. Pada mulanya saya kurang berminat untuk menyertainya. Namun, pada saat akhir saya telah berubah fikiran. Saya menyertai aktiviti ini bersama Hannisa Halimi iaitu guru pelatih IPGKKB yang telah menamatkan pengajian pada tahun lepas.

Asalnya, kawan saya Muhammad Farid turut mahu serta, tetapi dia mempunyai urusan lain pada minggu tersebut. Kembaraduga ini disertai seramai 120 orang dari tiga kompeni yang berbeza iaitu kompeni A, B dan C. Lebih terperinci lagi, askar wataniah hadir terdiri dari para penuntut di UMK Pengkalan Chepa, UMK Bachok, Kolej Komuniti Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas, IPG Kampus Kota Bharu dan orang awam.

Berikut ialah rekod perjalanan kembaraduga:

(10/3)

0800: Tiba di Kem PC.

0945: Mula bergerak ke Gunung Stong.

1052 – 1120: Berhenti makan di kedai sebelah balai bomba Rantau Panjang.

1256: Tiba di Dewan KESEDAR Jelawang. Solat Jumaat di Masjid Mukim Jelawang.

1514: Mula bergerak dari Dewan KESEDAR Jelawang.

1526 – 1738: Aktiviti gotong-royong di Taman Rekreasi Gua Ikan.

1753: Tiba di tempat tidur iaitu Dewan Pejabat Majlis Daerah Dabong. Solat Asar di Masjid Mukim Dabong. Pembahagian paket makanan.

(11/3)

0500: Bangun. Memasak nasi. Solat Subuh. Kemas tempat tidur.

0729: Bergerak dari Pejabat Majlis Daerah Dabong.

0745: Tiba di Dewan KESEDAR Jelawang.

0820: Mula mendaki.

0905 – 0916: Perhentian 1.

0935 – 0950: Perhentian 2.

1028: Tiba di persimpangan 3, Kem Baha, Gunung Stong & Gunung Ayam.

1032: Tiba di Kem Baha.

1305: Mula bergerak turun.

1430: Tiba di Dewan KESEDAR Jelawang.

1535 – 1545: Majlis penutup.

1622: Mula bergerak pulang ke Kem Pengkalan Chepa.

1930: Tiba di Kem Pengkalan Chepa.

Sebelum pergi, saya telah menyiapkan kelengkapan diri dan mental. Saya meramal bahawa kami akan tidur pada malam nanti di dalam hutan.

Kelengkapan diri.

Saya telah bergerak awal dari IPG iaitu pada jam 7.50 pagi. Setibanya di kem, saya telah berjumpa dengan askar wataniah yang lain di tempat letak kenderaan yang berada di belakang padang kawad. Di situ, saya berkenalan dengan Syakim dan Khairy. Mereka seterusnya mengajak saya untuk minum di kantin. Kemudian, lebih kurang jam 8.40 pagi, kami semua berbaris di padang kawad.

Perkara yang sentiasa bermain difikiran saya ialah telefon bimbit yang saya bawa akan diambil dan disimpan oleh jurulatih. Seterusnya hanya akan diberikan setelah tamat kembaraduga. Alhamdulillah, penggunaan telefon bimbit dibenarkan.

Berbaris bertiga-tiga.

Kemudian, pada jam 9.45 pagi kami telah mula bergerak ke Gunung Stong. Saya telah ditempatkan dalam kumpulan yang akan menaiki bas bersama dengan Perajuit Muda dari KKTM Pasir Mas. Lebih kurang jam 10.52 pagi, kami telah berhenti makan di Rantau Panjang.

Suasana dalam bas.

Perjalanan dari Kota Bharu ke Dabong mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami tiba di Dewan KESEDAR Jelawang pada jam 1256. Setibanya di situ, kami bersegera untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah masjid terdekat iaitu Masjid Mukim Jelawang hanya berada di seberang jalan. Jadi kami tidak perlu berjalan jauh. Dari masjid tersebut, saya dapat melihat kawasan air terjun yang bakal kami daki.

Permandangan Gunung Stong.

Selepas solat, kami telah makan tengahari. Kemudian, kami berbaris dan bersiap untuk menuju ke Taman Rekreasi Gua Ikan bagi aktiviti gotong-royong. Bagi menuju ke sana, saya telah menaiki trak 3 tan. Terdapat 3 buah trak 3 tan yang digunakan bagi kembaraduga ini.

Makan tengahari.

Askar wataniah yang lain.

Askar wataniah yang lain.

Trak 3 tan.

Tiba di Taman Rekreasi Gua Ikan, kami telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya ditugaskan membersihkan kawasan surau. Pada pemerhatian awal, longkang di surau tersebut dipenuhi dengan tanah. Apabila ditanya kepada penduduk setempat, rupanya kawasan rekreasi itu pernah dinaiki air semasa banjir besar 2014. Kami berada di sana sehingga jam 5.38 petang. Kemudian, kami terus bergerak ke tempat tidur iaitu di Dewan Pejabat Majlis Daerah Dabong.

Pada malam harinya, kami telah diajar untuk memasak menggunakan mestin dan lilin. Hal ini adalah kerana pada esok hari, kami perlu memasak sarapan dan makanan tengahari sendiri menggunakan bahan yang diberikan. Setiap kumpulan diberikan 3-5 paket makanan askar, 3-7 bungkus nasi dan 3-5 kotak lilin.

Latihan memasak.

Istimewanya, pada malam tersebut saya telah melalui suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Kami telah diminta untuk memakan ubat biji selepas itu menghabiskan satu botol air berisipadu 1.5 liter pada masa tersebut sambil diperhatikan oleh jurulatih. Saya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menghabiskannya. Kemudian setelah habis, saya terus berlari ke belakang dewan dan berlaku aktiviti mengeluarkan air tersebut semula. Saya telah muntah beberapa kali. Rupanya bukan saya seorang sahaja yang muntah setelah menghabiskan air tersebut, bahkan ramai lagi rakan saya yang turut muntah.

Pada malam tersebut, kami telah tidur di atas lantai di dalam dewan. Keadaan agak kurang kemas. Jadi, saya hanya mengambil gambar syiling dewan tersebut.

Dewan.

Pada hari berikutnya, kami telah bangun pada jam 5 pagi untuk memasak. Kumpulan saya telah menanak 2 bungkus nasi dan memanaskan bubur gandum dan bubur pulut hitam untuk dimakan. Kami juga telah membuat air Tea-O. Semua bahan yang diperlukan telah dipaket dalam paket makanan askar yang dipanggil Rangsum Tempur.

Rangsum Tempur.

Mula menanak nasi.

Air nasi mula mendidih.

Membuat air Tea-O.

Setelah selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Mukim Dabong, kami telah mengemas semua barang dan tempat tidur kami. Kemudian, kami mula bergerak ke Dewan KESEDAR Jelawang. Di sana kami telah membuat persediaan terakhir sebelum mendaki Gunung Stong. Kami telah diberikan taklimat oleh malim gunung. Lebih kurang jam 8.20 pagi, kami pun mula mendaki.

Mula berjalan.

Mejar Ruziham, OC yang berada di sebelah kiri sekali.

Sepanjang pendakian kami telah berhenti sebanyak 2 kali dan melalui 2 anak sungai. Mendaki dengan kasut yang basah memang suatu cabaran. Terdapat beberapa bahagian trek mendakinya memang curam dan perlu berhati-hati. Kami juga perlu melalui celah pokok-pokok buluh yang tumbang. Hanya terdapat 2 orang sahaja yang tidak dapat mendaki dan turun semula atas faktor kesihatan.

Trek pendakian yang curam.

Perhentian pertama. Indivitu yang ketawa ialah Cik Maziadi.

Perhentian pertama. Badrol dan Sarjan Jefrizal.

Suatu pendakian yang mencabar selama hampir 2 jam 10 minit, akhirnya kami tiba di Kem Baha. Apabila ditanya kepada malim gunung, dia mengatakan sekiranya mahu mendaki ke puncak Gunung Stong, akan mengambil masa 6 jam lagi. Suaut perasaan lega dan puas apabila dapat menjejakkan kaki di kem tersebut. Tarikan di situ ialah kawasan air terjun yang menarik untuk mandi.

Pintu gerbang ke Kem Baha.

Suasana di Kem Baha.

Di Kem Baha tersebut, kami telah diberikan peringatan supaya berhati-hati semasa mengambil gambar di pinggir air terjun. Kemudian, kami telah makan tengahari dengan nasi yang telah dimasak pada pagi tadi dan lauk-lauk lain yang hanya perlu dipanaskan sebentar. Sebelum turun, sesiapa yang mahu merasai air terjun, boleh mandi di kawasan air terjun di bahagian atas.

Taklimat dari malim gunung.

Maklumat berkaitan Gunung Stong.

Pemandangan dari puncak air terjun yang boleh dilihat dari masjid.

Air terjun.

Lebih kurang jam 1.05 petang, kami telah bergerak turun. Perjalanan turun mengambil masa yang lebih singkat iaitu 1 jam 30 minit. Apabila tiba di Dewan KESEDAR Jelawang, majlis penutup telah diadakan secara ringkas bagi menyampaikan hadiah penghargaan kepada malim gunung yang membantu aktiviti kembaraduga.

Pada jam 4.22 petang, kami telah mula bergerak pulang. Saya menaiki trak 3 tan bersama beberapa orang pegawai, jurulatih dan askar wataniah yang lain. Suatu perjalanan yang terasa begitu lama. Tidak terkira berapa kali saya tidur. Kemudian, sedar semula. Selepas itu, tidur semula. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar dan selamat. Kami tiba di kem Pengkalan Chepa lebih kurang pada jam 7.30 malam.

Akhirnya, saya berharap dapat mengikut aktiviti seperti lagi ini. Kepada rakan-rakan askar wataniah yang lain, semoga dapat berjumpa lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s