Karnival Pendidikan Tinggi Negara

Pada 11/2/2017 yang lalu, saya dan beberapa orang rakan lain telah menghadiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara di AEON Mall, Kota Bharu. Tujuan kami hadir ke program tersebut adalah sebagai wakil pihak IPGM. Kami akan berada di tempat pameran IPGM bagi memberikan penerangan kepada orang ramai yang ingin bertanyakan soalan berkaitan IPG.

Program diadakan di dalam khemah berhawa dingin.

Pintu masuk ke Karvinal IPT.

Ramai orang yang hadir ke karnival tersebut yang berlangsung selama 2 hari. Perjalanan untuk sampai ke AEON Mall juga sesak teruk. Saya mengambil masa lebih kurang 20 minit berbanding hanya 5 minit perjalanan semasa waktu biasa.

Suasana dalam tempat karnival.

Saya hanya terlibat untuk sesi petang pada hari Sabtu. Selain itu, saya juga ditemani oleh Amir, Afiq, Hanis Nabilah, Norahimatul Azwa, Nasuha dan Faatimah. Manakala pihak IPGM pula, diwakili oleh En Mohd Khadri dan En Muntasir. Pada mula-mula sampai di pusat pameran, En Muntasir kelihatan seperti seorang yang agak garang. Jadi, saya tidak berani untuk menegur beliau. Namun, setelah berkenalan, ternyata beliau seorang yang lucu.

Penulis dan rakan-rakan guru pelatih yang lain.

En Mohd Khadri yang berbaju putih dan bercermin mata.

En Muntasir yang berbaju biru.

Saya boleh katakan tempat pameran IPGM adalah antara yang menjadi tumpuan. Ramai pengunjung hadir untuk bertanyakan pelbagai soalan yang tertumanya berkaitan cara membuat permohonan kemasukan ke IPG. Walaupun IPG terpalit dengan pelbagai berita yang kurang enak didengar seperti beberapa buah IPG akan ditutup, ia tetap menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga ke saat akhir iaitu hampir jam 6 petang, masih terdapat beberapa pengunjung yang datang ingin bertanyakan soalan.

Pengunjung yang hadir ke tempat pameran IPGM.

Terdapat banyak perkara yang saya belajar dari program pada hari tersebut. Antaranya, orang ramai masih meletakkan harapan yang tinggi kepada IPG sebagai suatu institusi pendidikan yang dapat melatih dan melahirkan seorang guru yang berwibawa dan berkualiti. Keduanya, berita bahawa terdapat beberapa buah IPG akan ditutup tidak menjadi penghalang untuk orang ramai terus melihat IPG sebagai salah satu tempat untuk mereka melanjutkan pelajaran. Ketiganya, saya melihat bahawa sebagai seorang yang berada di dalam IPG itu sendiri, kita perlu terus berjuang memajukan diri bagi memartabatkan pendidikan pada hari ini.

Akhirnya, saya doakan semua pelajar SPM tahun 2016 mendapat keputusan yang dapat membimbing mereka ke arah kejayaan di dunia dan akhirat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s