Majlis Persaraan Hj Wan Mohd Din

Pada 26 Januari 2017 yang lepas, satu majlis persaraan Hj Wan Din telah diadakan di rumah beliau di Kedai Buloh. Pada hari tersebut merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai pesyarah di Unit Kokurikulum, IPG Kampus Kota Bharu.

Bagi majlis persaraan ini, Unit Kokurikulum telah merancang aktiviti konvoi motor dari IPG Kampus Kota Bharu terus ke rumah Hj Wan Din. Raptai program konvoi tersebut telah diadakan sehari sebelumnya pada waktu petang.

Raptai konvoi.

Raptai konvoi.

Saya boleh katakan sepanjang 5 tahun lebih di IPG Kampus Kota Bharu, majlis persaraan Hj Wan Din mendapat penyertaan para guru pelatih yang paling ramai. Lebih kurang 30 buah motorsikal telah bersedia untuk mengiringi Hj Wan Din ke rumah beliau. Selain itu, 2 buah kereta volkswagen antik juga turut mengiringi konvoi tersebut.

Barisan guru pelatih.

Hj Wan Mohd Din bin Hj Wan Mohamad.

Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut adalah cerah. Lebih kurang jam 1230 tengahari, konvoi ke rumah Hj Wan Mohd Din bermula.

Barisan motorsikal bawah 250cc.

Barisan motorsikal atas 250cc.

Menuju rumah Hj Wan Mohd Din.

Setibanya di rumah Hj Wan Mohd Din, kami disajikan dengan jamuan makan tengahari. Istimewanya, beliau turut menyajikan kambing golek. Selain itu terdapat juga laksa, nasi goreng dan beberapa sajian yang lain.

Kambing golek.

Kambing golek.

Akhirnya, selamat bersara kepada Hj Wan Mohd Din dan semoga berjumpa lagi. Kami mendoakan agar Hj Wan Din diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipermudah segala urusan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s