Program Bantuan Pasca Banjir

Pada 21 Januari 2016, saya bersama lagi 2 orang rakan iaitu Abd Rahim dan Arif Fahmi telah menyertai satu program bantuan pasca banjir yang dianjurkan oleh Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia. Sebelum program bermula, kami telah berkumpul di Mydin Kubang Kerian.

Program ini sebenarnya telah dimaklumkan oleh En Hishamudin Jamiran iaitu pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu. Beliau menjemput mana-mana guru pelatih yang berkelapangan untuk menyertai program bantuan ini. Berikut ialah rekod perjalanan program:

0915: Tiba di Mydin Kubang Kerian.

1150: Ketibaan Wakil Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia dan Pegawai Khas Perdana Menteri, En Hishamuddin.

1230 -1345: Mula bergerak menuju Tumpat.

1346 – 1418: Tiba di Kedai D’Teratak Desa, Kelaboran. Majlis Pemberian bantuan oleh Ketua Umno Bahagian Tumpat, Dato Radhi.

1425 – 1510: Makan tenghari di BGE Restoran, Hospital Tumpat.

1530 – 1700: Solat di Masjid Kg Gelang Mas, Pasir Mas. Pemberian bantuan.

1709 – 1747: Solat Asar. Pemberian bantuan di SK Pangkal Kala.

1820 – 1910: Barang bantuan disimpan di SK Gelang Mas. Minum petang.

1949 – 1958: Solat Maghrib di Masjid Al-Amin, Wakaf Bharu.

2015: Tiba di Mydin Kubang Kerian.

Boleh dikatakan cuaca sepanjang hari tersebut ialah mendung dan diselangi dengan hujan. Selain kami 3 orang, terdapat 5 orang lagi guru pelatih yang turut menyertai program ini iaitu Saifullah dan Wan Hanif serta 3 orang perempuan.

Abd Rahim dan Arif Fahmi.

Sepanjang program bantuan ini, satu trak askar 3 tan turut membantu. Barang-barang bantuan seperti makanan telah diletakkan dalam trak tersebut.

Azman (RAMD), Nazri (RS) dan Saifullah.

Saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan 4 orang askar yang terlibat dengan misi bantuan ini iaitu Azman, Nazri, Arif dan Azwardi.

Penulis, Wan Hanif, Arif dan Abd Rahim.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, nilai bantuan yang diberikan ialah lebih kurang RM25 ribu yang akan disampaikan kepada 250 buah keluarga di sekitar Tumpat dan Pasir Mas.

D’Teratak Desa, Kelaboran.

Perhentian pertama kami ialah di Kelaboran. Majlis pemberian bantuan telah dirasmikan oleh Dato Radhi iaitu Ketua Umno Bahagian Tumpat.

Pn Narita, Wan Hanif, Abd Rahim dan Arif.

Dato Radhi (Ketua Umno Bahagian Tumpat).

En Hishamuddin (Berbaju hijau tua).

Jalan yang dinaiki air.

Abd Rahim.

Terdapat ketikanya, kami tertinggal trak. Jadi terpaksa menumpang kenderaan 4X4 rakan rombongan yang lain. Suatu kenangan lucu yang tidak dapat dilupakan.

Rombongan bantuan banjir.

Jika dilihat semula, nama program ini iaitu Program Bantuan Pasca Banjir memang kurang tepat. Namun tiada yang menyangka bahawa banjir pada tahun ini terjadi sebanyak 2 kali. Terdapat banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat saya perolehi.

Akhirnya, kami mendoakan agar semua pihak yang terlibat dengan banjir agar tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut. Saya juga berharap dapat menyertai program seperti ini lagi pada masa hadapan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s