Kembara Ukhwah

Pada 23/11 sehingga 2/12 saya dan Abd Rahim telah mengadakan satu pengembaraan uhkwah. Perjalanan ini memakan masa selama 10 hari. Suatu perjalanan yang panjang merangkumi 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Selangor serta 1 wilayah iaitu Kuala Lumpur.

Sepanjang pengembaraan tersebut, kami telah menggunakan kenderaan Perodua Kancil 850c. Berikut ialah rekod perjalan Kembara Ukhwah tersebut:

(23/11)

0930: Bergerak dari Pengkalan Chepa.

1115 – 1140: Berhenti di Stesen Petronas, Jeli.

1230 – 1348: Berhenti di R&R Titiwangsa. Makan tengahari & solat.

1455 – 1536: Berhenti di Hentian Bas, Grik. Turunkan Mukhlis. Isi minyak RM23 di Stesen Petron.

1800: Tiba di Rumah Arif, Kota Kuala Muda.

2215: Bermalam di Rumah Bendang Arif.

(24/10)

0810 – 0904: Sarapan pagi di Rumah Arif.

1000: Tiba di Kaki Gunung Jerai.

1030 – 1127: Tiba di Puncak Gunung Jerai.

1132 – 1157: Tiba di Telaga Tok Sheikh.

1206: Bergerak dari kedai cenderamata.

1215 – 1445: Berhenti di Hutan Lipur Sg Teroi. Mandi kolam renang. Berbual-bual dengan En Ali. Solat.

1506: Tiba di Kaki Gunung Jerai.

1548 – 1630: Berhenti makan di Kedai Nasi Kandar As-Shiffa.

1644 – 1658: Tiba di Jeti Pelancongan Sg Merbok.

1730: Tiba di Rumah Arif. Minum petang.

1846 – 1915: Tiba di Pantai Merdeka.

1938 – 2025: Tiba di Rumah Bendang Arif. Solat.

2035 – 2120: Makan malam di Restoran Tomyan Udang.

2130 – 2230: Tiba di TESCO, Sungai Petani Selatan. Main permainan lumba kereta.

2300: Tiba di Rumah Bendang Arif.

(25/11)

0731 – 0815: Pergi mengambil kakak Arif di Central Square, Sungai Petani.

0900 – 0950: Sarapan pagi di Rumah Arif.

1128: Tiba di sempadan Perlis.

1208 – 1525: Tiba di Arked Niaga, Padang Besar. Bayaran RM3 bagi tempat letak kereta.

1330 – 1348: Solat di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi.

1620 – 1715: Makan nasi ayam bersama 9W2KGE, 9W2VAE & 9W2RXL.

1925 – 1948: Solat di Masjid Pekan Gurun.

2050 – 2150: Tiba di Rumah Arif. Makan malam.

2257: Tiba di Rumah Bendang Arif.

(26/11)

0855 – 0945: Sarapan pagi di Rumah Arif.

1000 – 1007: Isi minyak RM23 di Stesen Shell, Kota Kuala Muda.

1146 – 1245: Tiba di Air Panas Ulu Legong.

1320 – 1400: Berhenti di Pekan Baling. Makan tengahari.

1500: Tiba di Kg Plang.

(27/11)

0810: Bergerak dari Kg Plang.

0826 – 0850: Berhenti di Pekan Grik. Isi minyak RM46 di Stesen Petron.

1109 – 1134: Berhenti di Masjid Ihsaniah, Kg Serapoh.

1155 – 1342: Tiba di Rumah Afnan, Bota.

1344 – 1412: Solat di Masjid An-Naqliah, Kg Padang Kangar.

1512 – 1522: Tiba di Kompleks Sejarah Pasir Salak.

1700 – 1749: Tiba di Homestay Irfan.

1752 – 1757: Tiba di Rumah Irfan.

1820 – 1858: Tiba di Jeti, Bagan Datoh.

1918 – 1940: Solat di Masjid Ubudiah.

1945 – 2250: Makan malam di Rumah Irfan.

2300: Tiba di Homestay Irfan.

(28/11)

0812: Bergerak dari Homestay Irfan.

0819 – 0845: Sarapan pagi di Rumah Irfan.

0900 – 0909: Isi minyak RM23 di Stesen Shell.

1020: Tiba di Jeti Marina.

1050 – 1101: Menaiki feri. Tunggu penumpang lain.

1111: Tiba di Pulau Pangkor.

1125: Menyewa 2 buah motorsikal. RM50 bagi 2 hari. Pusing sekitar Jeti Pangkor.

1200: Tiba di Teluk Nipah.

1220: Daftar masuk di Ombak Inn. RM80 semalam.

1238 – 1258: Makan tengahari di Nasi Kandar Ara Maju.

1402: Menaiki bot untuk aktiviti melihat hidupan laut.

1422 – 1442: Tiba di Pulau Giam.

1645: Tiba di Teluk Nipah.

1706 – 1838: Jalan-jalan. Pergi ke Teluk Dalam, Kota Belanda & Teluk Ketapang.

1742 – 1756: Tiba di Pekan Pangkor.

2000 – 2100: Makan malam.

(29/11)

0758 – 0822: Sarapan roti canai.

0840 – 0910: Menuju Air Terjun Pangkor. Misi diberhentikan. Jalan terlalu asing.

0923 – 0950: Persediaan berkayak. RM50 untuk 2 buah kayak. RM10 untuk 3 buah cermin mata menyelam.

1000 – 1010: Tiba di Pulau Monyet.

1020: Tiba di Pulau Batu Paus.

1035 – 1139: Tiba di Pulau Giam. 5 minit mendaki Pulau Giam untuk ke kawasan satu lagi.

1150: Tiba di Pulau Pangkor.

1208: Tiba di hotel.

1250: Daftar keluar Ombak Inn Chalet.

1307 – 1338: Tiba di Jeti Pangkor. Terus menaiki feri. Menunggu penumpang lain.

1350 – 1402: Tiba di Jeti Marina.

1436 – 1500: Berhenti makan di Restoran Biriyani, Manjung.

1602 – 1640: Tiba di Homestay Irfan.

1654 – 1658: Tiba di Rumah Irfan.

1735 – 1749: Tiba di Menara Condong, Teluk Intan.

2006 – 2028: Solat di R&R Kundang Timur.

2044 – 2112: Makan di R&R Sungai Buloh.

2308: Tiba di Dusun Tua.

(30/11)

0825 – 0900: Sarapan pagi di Alif Bistro, Nanding. Keringkan baju di Kedai Dobi Langat.

0915: Tiba di Dusun Tua.

1151 – 1229: Menuju Stesen LRT Chempaka.

1256: Tiba di Stesen LRT Masjid Jamek.

1340 – 1413: Tiba di Menara KL.

1438 – 1459: Tiba di Stesen LRT Dang Wangi.

1507 – 1607: Tiba di Stesen LRT Pudu. Pergi kedai elektronik di Jalan Landak.

1627 – 1635: Solat di Surau Stesen Petronas, Chempaka.

1725: Tiba di Dusun Tua.

(1/12)

1536: Keluar dari Dusun Tua.

1614 – 1650: Tiba di Terminal Bersepadu Selatan.

1655 – 1709: Solat di Masjid Zaid bin Thabit.

1813: Tiba di Dusun Tua.

(2/12)

1536: Keluar dari Dusun Tua.

1628 – 1640: Tiba di UKM Bangi. Abd Rahim tinggal bersama Afnan untuk ke Kenduri Kahwin Eleena.

Kembara ini telah dirancang selama 2 bulan lebih awal. Namun, pada saat akhir terdapat perubahan yang tidak dapat dielakkan. Mulanya, saya akan turut menghadiri kenduri Eleena pada 3/12. Walau bagaimanapun, saya perlu menghadirkan diri ke kampung di Grik kerana terdapat kenduri kahwin ahli keluarga saya.

Jutaan, terima kasih kepada Arif Fahmi sekeluarga, Irfan sekeluarga dan Afnan Sekeluarga atas segala layanan yang sangat mesra. Terima kasih juga kerana sudi menerima kehadiran kami. Berikut pula ialah antara gambar-gambar sepanjang kembara ini:

Kawasan bendang di Rumah Arif.

Pada hari kedua pengembaraan, saya Abd Rahim dan Arif telah menuju ke Gunung Jerai. Secara kebetulan, perjalanan kami ke sana disertai beberapa buah motorsikal polis trafik. Namun, tujuan mereka adalah berlainan. Perjalanan dari kaki bukit ke puncak memakan masa lebih kurang 30 minit dengan kenderaan walaupun jaraknya hanya lebih kurang 12 km. Keadaan jalan yang sempit, licin dan mempunyai selekoh yang tajam menyebabkan kami tidak boleh memandu laju.

Perjalanan menuju ke Gunung Jerai sambil diiringi polis trafik.

Hotel di Gunung Jerai.

Abd Rahim dan Arif Fahmi.

Hotel di Gunung Jerai.

Sebelum turun kami telah singgah dahulu di Telaga Tok Sheikh. Bagi saya, keistimewaannya anda boleh merasai air telaga yang sejuk di sini.

Papan tanda Telaga Tok Sheikh.

Sejarah Telaga Tok Sheikh.

Abd Rahim dan Arif di Telaga Tok Sheikh.

Air telaga.

Kolam renang dengan air semulajadi.

Selepas itu, kami telah bersepakat untuk singgah dahulu di Hutan Lipur Sg Teroi. Di situ terdapat sebuah kolam buatan manusia dengan air dari sungai yang berdekatan. Istimewanya, air tersebut bewarna merah dan kolam renang kelihatan gelap. Namun, dasarnya bersih. Kami pun pada mulanya berasa ragu-ragu mahu mandi di situ. Apabila melihat seorang lelaki mandi dengan gembirannya, kami pun berasa teruja.

Beliau memperkenalkan diri sebagai En Ali iaitu penjaga tempat tersebut. En Ali juga mengatakan bahawa air tersebut bewarna merah kerana melalui akar-akar Pokok Kelat Merah. Cuaca yang dingin dan nyaman beserta air yang menyegarkan menjadi aktiviti mandi di kolam tersebut sesuatu yang tidak akan dapat dilupakan.

Sg Merbok.

Perjalanan pulang ke Rumah Arif, kami singgah di Jeti Pelancongan Sg Merbok. Semasa bersiar-siar di jeti, kami terserempak dengan seekor biawak bersaiz gergasi. Saya anggarkan panjangnya hampir 2 meter. Sungai tersebut dihuni sekurang-kurangnya 5 ekor biawak berdasarkan pemerhatian kami.

Biawak gergasi.

Pada petang harinya, kami menuju ke Pantai Merdeka. Terdapat pelbagai kisah diceritakan oleh Arif kepada kami.

Abd Rahim dan Arif di Pantai Merdeka.

Tg Dawai dan Gunung Jerai.

Pada hari ketiga, kami telah menuju ke Perlis. Kami mahu melawat Arked Niaga, Padang Besar iaitu merupakan kawasan beli belah bebas cukai. Semasa ingin pergi ke sana, saya begitu teruja melihat pemandangan kawasan yang rata menghijau.

Pintu gerbang ke Perlis.

Arked Niaga, Padang Besar.

Arked Niaga, Padang Besar.

Arked Niaga, Padang Besar.

Arked Niaga, Padang Besar.

Arked Niaga, Padang Besar.

Arked Niaga, Padang Besar.

Semasa di Arked Niaga, saya hanya membeli beras pulut hitam untuk dibawa pulang ke Selangor. Dalam perjalan pulang, rakan radio di Perlis telah mengajak saya dan rakan lain untuk berjumpa di Berseri. Saya telah berjumpa dengan 9W2KGE, 9W2VAE dan 9W2RXL. Mereka telah belanja saya dan rakan-rakan makan tengahari.

9W2VAE dan penulis.

Rumah Arif.

Pada hari keempat, sebelum bergerak dari Kedah, saya dan Abd Rahim telah bergambar dengan Arif sekeluarga. Kami berasa sangat terhibur dan bersyukur serta berterima kasih atas layanan yang diberikan.

Penulis, Abd Rahim dan Arif sekeluarga.

Sebelum sampai di Grik, kami telah singgah dahulu di Air Panas Ulu Legong. Saya telah lama mengidam untuk sampai di sini. Selepas itu, kami telah singgah di Pekan Baling untuk makan tengahari.

Kaunter tiket.

Air Panas Ulu Legong.

Air Panas Ulu Legong.

Abd Rahim semasa makan tengahari di Baling.

Pada hari kelima, kami telah bergerak dari Kg Plang, Grik menuju ke Rumah Afnan di Parit. Perjalanan yang agak jauh membuatkan kami berhenti beberapa kali untuk berehat. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jua.

Rumah Afnan.

Rumah Afnan.

Di Rumah Afnan, kami telah disambut dengan begitu mesra. Kami juga telah dijamu dengan makan tengahari yang terdiri dari lauk seperti ikan patin masak lemak. Rasanya sangat menyelerakan. Sebelum bergerak ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur, kami telah bergambar dengan Afnan Sekeluarga.

Afnan sekeluarga.

Selepas menunaikan solat, Afnan telah menunjukkan rumah Mukhlis kepada kami. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Teluk Intan.

Rumah Muhklis.

Sebelum sampai ke Rumah Irfan, kami telah singgah di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Tempat ini menjadi salah satu tempat yang ingin saya pergi sejak sekolah menengah lagi setelah membaca nover bertajuk Pahlawan Pasir Salak. Sayangnya, kompleks tersebut tutup pada hari tersebut.

Kompleks Sejarah Pasir Salak.

Abd Rahim.

Penulis.

Akhirnya kami sampai juga di Homestay Irfan di Teluk Intan. Pada petangnya, kami bergerak menuju ke Jeti Bagan Datoh. Kami berada di sana sehingga waktu hampir senja. Kemudian, kami pun pulang.

Homestay Irfan.

Jeti Bagan Datoh.

Jeti Bagan Datoh.

Irfan dan Abd Rahim.

Irfan dan Abd Rahim.

Pada hari keenam, kami telah bersetuju untuk ke Pulau Pangkor. Apabila membuat survei hotel, hampir kesemuanya berharga RM100 ke atas bagi satu bilik. Namun, kami tetap memberanikan diri. Jika tiada bilik yang sesuai, maka terpaksa kami memikirkan cara lain untuk bermalam. Kami telah menaiki bot dari Jeti Marina kerana ia mengambil masa yang lebih pendek dari feri di Jeti Lumut iaitu lebih kurang 10 minit sahaja bagi ke Pulau Pangkor.

Jeti Marina.

Kaunter tiket.

Deretan kapal layar mewah.

Tempat letak kereta.

Peta Pulau Pangkor.

Kami mendapati orang menaiki feri tersebut adalah tidak ramai. Masih terdapat lagi banyak kerusi yang kosong. Sepanjang perjalanan ke pulau, saya hanya berada di dek luar feri bagi melihat keindahan lautnya.

Feri.

Dalaman feri.

Irfan dan Abd Rahim.

Dek luar feri.

Pemandangan tepi feri.

Menghampiri Jeti Pulau Pangkor.

Tiba di Jeti Pulau Pangkor.

Setibanya di jeti, kami berbincang sama ada mahu menyewa motorsikal atau kereta. Akhirnya, kami bersetuju untuk menyewa 2 buah motorsikal dari Partiban iaitu individu yang menguruskan hal sewa-menyewa. Kemudian, dari jeti tersebut kami telah menuju ke Teluk Nipah yang mempunyai pelbagai jenis hotel dan chalet. Di situ, kami telah mencari hotel yang paling murah dan bersyukur kerana berjaya ditawarkan hotel berharga RM80 sahaja bagi semalaman.

Ombak Inn.

Pada petang hari pula, kami telah mengambil pakej untuk pusing pulau di sekitar dan melakukan aktiviti bersnorkel di Pulau Giam. Pemandu bot hanya meminta kami menelefon pihak mereka apabila kami sudah mahu pulang semula.

Pulau Giam.

Pulau Giam.

Sebelum pulang ke hotel, kami membuat keputusan untuk menunggang motorsikal mengelilingi Pulau Pangkor. Kami telah pergi ke Teluk Dalam, Kota Belanda & Teluk Ketapang. Namun, perlu diingat keselematan perlu sentiasa diutamakan. Sila pakai topi keledar anda.

Menunggang motorsikal.

Irfan.

Jalan di Pulau Pangkor.

Pemandangan dari satu menara tinjau.

Masjid atas air yang masih dalam pembinaan.

Pada hari ketujuh, suasananya sangat mendamaikan. Saya berpeluang memberi makan kepada burung enggang liar yang berada di luar kawasan hotel.

Pemandangan pantai di pagi hari.

Burung enggang.

Burung enggang.

Burung enggang.

Selepas bersarapan pagi, kami telah pergi mencari Air Terjun Pangkor. Namun, setelah bertanya dengan penduduk setempat, mereka mengatakan bahawa kawasan tersebut jarang dikunjungi orang ramai. Maka sebab itulah tiada jalan khas untuk ke sana. Jadi, kami bertukar kepada aktiviti berkayak. 2 buah kaya dan 3 cermin mata menyelam disewa bagi 2 jam.

Kayak.

Abd Rahim.

Penulis di dalam Kayak.

Pulau Monyet.

Abd Rahim di Pulau Monyet.

Abd Rahim dan Irfan.

Di sebalik kegembiraan berkayak, terdapat masalah serius apabila kami tiba di Pulau Giam. Kayak yang dinaik Abd Rahim dan Irfan telah dimasuki air. Namun, kami tidak pasti cara untuk mengeluarkan air tersebut kerana reka bentuk kayak yang sangat asing bagi kami. Puas kami mencari lubang untuk mengeluarkan air tersebut. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meletakkan kayak di kawasan yang agak tinggi agar tidak hanyut dibadai ombak sementara kami mendaki Pulau Giam untuk ke kawasan yang satu lagi.

Abd Rahim dan Irfan di Pulau Giam.

Mendaki Pulau Giam.

Trek Pulau Giam.

Menuruni Pulau Giam.

Pulau Giam.

Akhirnya, kami tiba di bahagian Pulau Giam yang satu lagi. Kawasan berbatu seperti dalam gambar di atas, akan dipenuhi air laut apabila air pasang pada waktu petang.

Irfan dan Abd Rahim.

Alhamdulillah, walaupun kayak yang bocor, kami berjaya sampai ke hotel dengan selamat. Perjalanan pulang kami diiringi hujan yang renyai-renyai.

Dek atas feri bagi perjalanan pulang.

Selepas menghantar Irfan di rumahnya, saya dan Abd Rahim meneruskan perjalanan pulang ke Selangor. Sebelum pulang, kami mengambil peluang untuk pergi melihat Menara Condong di Teluk Intan.

Menara Condong.

Menara Condong.

Pada hari kelapan pula, saya ditemani adik saya, Zawawi dan Abd Rahim telah menuju ke Menara KL. Kami menggunakan LRT untuk ke sana. Nasihatnya, jika mahu menaiki LRT, sila turun di Stesen Dang Wangi kerana ia lebih dekat berbanding Stesen Masjid Jamek sekiranya anda mahu berjalan kaki.

Abd Rahim dan Zawawi di dalam LRT.

Abd Rahim berlatarkan Menara KL.

Menara KL.

Pada hari kesembilan dan kesepuluh, kami tidak berjalan jauh. Hanya sekitar Terminal Bersepadu Selatan bagi menunjukkan kepada Abd Rahim tentang cara beliau mahu pergi ke KLIA2.

Akhir kalam, terima kasih kerana membaca pengembaraan ini. Semoga segala ukhwah yang terjalin berkekalan. Sekiranya mahu mengetahui cerita yang lebih mendalam, mungkin kita boleh berjumpa atau hanya komen di ruangan di bawah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s