Percutian ke Cameron Highlands

Pada 26 – 27 Oktober yang lepas, saya, Abd Rahim dan Farid telah pergi berjalan-jalan di sekitar Cameron Highlands, Pahang. Percutian ini telah dirancang lebih kurang 1 bulan lebih awal. Tempahan hotel telah dibuat agar harga yang murah dan berpatutan diperolehi. Bagi percutian kali ini, setiap orang mengeluarkan RM70 bagi kos penginapan dan pengangkutan.

Berikut ialah rekod perjalanan sepanjang 2 hari 1 malam di Cameron Highlands:

(26/10)

0545: Bergerak dari IPGKKB.

0605 – 0620: Berhenti solat Subuh di Masjid al-Fattah, Kedai Mulong.

0804 – 0810: Berhenti di stesen minyak Petron Ciku 3, Mukim Relai, Gua Musang.

0850 – 0920: Sarapan pagi di Restoran Mamak Spicy, Gua Musang.

1045 – 1105: Berhenti di Masjid Long Tan, Lojing.

1125 – 1152: Tiba di Cameron Valley Tea House, Kuala Terla.

1215 – 1217: Isi minyak RM30 di stesen minyak Shell, Brinchang.

1245: Berhenti di Century Pine Hotel.

1247 – 1259: Tiba di Parit Fall.

1318 – 1340: Solat Zuhur di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata.

1345: Makan tengahari.

1420: Daftar masuk di BB Inn Hotel.

1541 – 1615: Tiba di Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata. Bayaran masuk RM3.

1632 – 1638: Tiba di Ladang Lebah, Habu.

1650 – 1730: Tiba di Bharat Group Tea House.

1741 – 1810: Tiba di Healthy Strawberry Farm.

1830: Tiba di Pekan Brinchang.

1908 – 1925: Solat di Masjid Kayangan, Brinchang.

2130 – 2300: Berjumpa dengan Faris (9W2EFM) di Tanah Rata.

(27/10)

0935: Daftar keluar hotel.

1025: Isi minyak di stesen minyak Shell, Brinchang/ RM20.

1030 – 1045: Berjalan-jalan di Pekan Brinchang.

1048 – 1125: Tiba di Taman Uncle Sam.

1127 – 1146: Tiba di S’S Corner Central Market.

1150 – 1218: Tiba di Cactus Point.

1224 – 1235: Tiba di Taman Rama-Rama.

1236 – 1308: Tiba di Taman Lebah.

1336 – 1402: Solat di Masjid Long Tan, Lojing.

1532 – 1602: Berhenti di Hentian Gua Musang.

1928 – 1954: Tiba di Masjid Mukim Kota.

2000 – 2038: Makan malam di Restoran Kak Ma, Jalan Pintu Geng.

2120: Tiba di IPGKKB.

Bagi memandu perjalanan kami di Cameron Highlands, saya telah memuat turun peta tempat-tempat perlancongan di sekitar Cameron Highlands.

12

Peta Cameron Highlands.

Apabila tiba di sempadan Cameron Highlands, saya telah berhenti di Masjid Long Tan, Lojing. Walaupun telah beberapa kali melalui jalan Lojing, ini adalah kali pertama saya berhenti di masjid tersebut. Walaupun nama masjid ini seperti nama orang Cina, namun ia adalah bukan sebenarnya. Sila rujuk sejarah semula.

Masjid Long Tan, Lojing.

Kereta Kancil.

Perhentian seterusnya ialah di Cameron Valley Tea House, Kuala Terla. Kawasan ini sebenarnya menyediakan kedai yang membolehkan para pengunjung membeli air teh mengikut kadar yang telah ditetapkan. Kami tidak berniat untuk berhenti minum tetapi hanya mahu mengambil gambar permandangannya sahaja.

Cameron Valley Tea House, Kuala Terla.

Farid Ramli.

Cameron Valley Tea House, Kuala Terla.

Kemudian, sebelum daftar masuk ke hotel, kami telah menuju ke Parit Falls. Bunyinya kelihatan mengujakan. Kami telah tersalah jalan beberapa kali memandangkan peta yang dibuat rujukan kelihatan mengelirukan atau kami sendiri yang kurang mahir membaca peta. Setelah bertanya dengan pihak hotel di Century Pine Hotel, kami akhirnya berjaya menemukan jalan masuk ke Parit Falls.

Jalan masuk ke Parit Falls.

Laluan berbatu yang disediakan.

Semasa melalui laluan berbatu menuju ke Parit Falls, kami telah disambut oleh penghuni hutan yang bersisik. Ular berwarna hitam. Saya pun tidak pasti jenis ular tersebut. Alhamdulillah, semua selamat. Ular tersebut berlalu pergi dan kami pun meneruskan perjalanan menuju ke destinasi.

Papan tanda.

Jambatan gantung.

Perjalanan ke Parit Falls dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 10 minit. Setibanya kami di Parit Falls, angan-angan untuk mandi tidak kesampaian. Keadaan sekitar yang penuh dengan sampah menjadikan air yang walaupun kelihatan jernih, menjadi berbahaya untuk kesihatan. Saya pun tidak pasti sebab kawasan air terjun tersebut dipanggil Parit. Mungkin para pembaca boleh membuat kesimpulannya.

Papan tanda masuk ke Parit Falls.

Masjid Abu Bakar, Tanah Rata.

Sebelum kami menunaikan solat, saya sempat melihat helikopter mendarat di padang awam yang terletak berhampiran dengan Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Namun, saya kurang pasti tujuan helikopter tersebut mendarat di situ.

Helikopter mendatar di padang awam.

Selepas menunaikan solat, kami telah mendaftar masuk ke hotel. Bayarannya hanya RM60 bagi 1 malam. Tempahan telah dibuat terlebih dahulu dengan melalui internet. Walaupun murah, keadaan bilik tetap selesa untuk tidur.

Ruang katil dan bilik air.

Kemudahan televisyen dan kipas.

Seterusnya, kami telah melawat Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata. Di taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga. Terdapat juga beberapa jenis sayuran dan buah-buahan.

Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata.

Bunga-bungaan.

Bunga Tahi Ayam.

Silver Dust.

Scarlet Sage.

Bunga Matahari.

Bunga Matahari.

Kemudian, kami telah pergi melawat Bharat Group Tea House pula. Seperti biasa tujuan melawat bukan mahu menikmati air teh memandangkan harganya yang mahal, kami hanya mahu mengambil gambar.

Farid Ramli.

Abd Rahim Jamain.

Pada waktu malam hari 26/10, kami bercadang mahu pergi ke Pasar Malam Brinchang, namun apabila dimaklumkan oleh penjual barangan cenderahati di situ, pasar malam tersebut hanya dibuka pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Jadi, kami pun terus pergi menjamu makan malam dan pulan ke hotel.

S’S Corner Central Market.

Bagi sesiapa yang mahu membeli pokok kaktus, saya cadangkan anda pergi ke Cactus Point. Hal ini adalah kerana di sini terdapat pelbagai jenis pokok kaktus yang boleh dipilih.

Cactus Point.

Abd Rahim Jamain.

Sebelum menamatkan pengembaraan kali ini, kami telah berhenti di Taman Rama-Rama dan Taman Lebah. Namun, kedua-dua taman tersebut kami tidak masuki kerana terdapat bayaran yang dikenakan. Kami hanya mengambil gambar dari luar sahaja.

Taman Rama-Rama.

Taman Lebah.

Alhamdulillah, percutian kali ini berjalan dengan lancar. Hanya perjalan pulang kami agak terganggu kerana terdapat banyak lori balak. Jadi, perjalanan pulang memakan masa yang lebih lama dari kebiasaan.

Terima kasih kerana membaca.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s