Berkelah di Air Terjun Jelawang

Pada 1 Oktober 2016 bersamaan hari Sabtu, saya dan 4 orang lagi rakan iaitu Abd Rahim, Afnan, Irfan dan Mukhlis telah pergi berkelah ke Air Terjun Jelawang. Rancangan ini telah dipersetujui seminggu sebelum tarikh perkelahan.

Perjalanan dari IPG Kampus Kota Bharu ke Air Terjun Jelawang di Dabong adalah sejauh hampir 150 km dan mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki kereta Kancil. Kami mula bergerak dari Kota Bharu pada jam 7.30 pagi. Pada jam lebih kurang 10.30 pagi kami pun tiba di kawasan air terjun.

Sebelum memasuki tempat mandi, setiap orang dikenakan bayaran masuk sebanyak RM2. Kemudian, kami diberikan penerangan tentang kawasan perkelahan air terjun tersebut oleh pihak yang menjaga kawasan tersebut. Bagi pengetahuan semua, Air Terjun Jelawang adalah air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

Sebelum  mula pergi ke sini, saya telah menghubungi beberapan orang rakan kelab SKTMJ bagi mengetahui keadaan kawasan air terjun. Selain itu, dalam perjalanan juga kami telah terserempak dengan satu kumpulan yang akan mendaki Gunung Stong iaitu tempat Air Terjun Jelawang berada.

Lebih kurang jam 1 petang kami pun bersiap-siap untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum itu, kami bersolat di surau yang disediakan. Sayangnya, tandas awam yang disediakan kurang diselenggara dengan baik. Kami di IPG Kampus Kota Bharu pada jam 6 petang. Perjalanan pulang memakan masa 4 jam kerana kesesakan lalu lintas di bandar Kota Bharu. Kami juga terserempak dengan Anis yang menaiki kereta bersama abang dan kakak iparnya di lampu isyarat New Horizon.

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang berada di Air Terjun Jelawang:

Air Terjun Jelawang.

Air Terjun Jelawang.

Air Terjun Jelawang.

Air Terjun Jelawang.

Bagi pengetahuan semua, kawasan yang kami mandi ialah kawasan yang tidak terlalu dalam dan mengambil masa lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari tempat letak kereta. Kami telah diingatkan bahawa kawasan tempat mandi tidak melebihi jambatan gantung.

Bagi mengalas perut semasa mandi, kami telah membeli sosej dan merebusnya terlebih dahulu pada awal pagi sebelum bergerak ke Air Terjun Jelawang. Jadi, sambil mandi kami akan makan bekalan yang dibawa iaitu sosej, roti Gardenia dan air bergas.

Dari kiri: Zakwan, Abd Rahim, Irfan, Afnan dan Mukhlis.

Air Terjun Jelawang.

Bergambar di batu maklumat.

Bergambar di batu maklumat.

Berlatar belakang Air Terjun Jelawang.

Berlatar belakang Air Terjun Jelawang.

Gambar belakang kereta diambil oleh Anis di lampu isyarat New Horizon.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s