Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)

Pada 7/6/2016, projek radio saya iaitu “Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF)” telah berjaya disempurnakan. Idea ini saya peroleh apabila melihat terdapat rakan yang ingin menjual mobile radio yang telah diubahsuai iaitu dengan ditambah kipas.

Jadi saya mula mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti cooling fan di Plaza Lowyat. Selain itu, saya juga mencari suis bagi membolehkan saya mengawal cooling fan yang dipasang nanti. Baru saya tahu bahawa terdapat banyak kedai alat elektronik di sekitar Jalan Landak dan Jalan Pasar, Pudu. Selepas ini, apabila terdapat projek berkaitan radio, saya sudah tahu tempat yang ingin dituju.

Sepanjang proses penghasilan MRCF ini, terdapat banyak perkara yang saya belajar. Saya mengasah kembali kemahiran memateri. Saya belajar bahawa sambungan wayar ke bateri kereta harus dicabut terlebih dahulu, sebelum kita mahu memotong wayar tersebut. Satu kesilapan saya ialah memotong wayar kuasa yang digunakan untuk menghidupkan mobile radio tanpa mencabutnya terlebih dahulu daripada punca kuasa. Akibatnya, wayar positif dan wayar negatif telah bersentuhan dan menyebabkan kedua-dua fius terbakar.

Saya hanya menyedari hal ini, apabila mahu menguji mobile radio. Alhamdulillah, saya mempunyai simpanan fius untuk menggantikan fius yang terbakar.

IMG-20160607-WA0050

Mobile Radio + Cooling Fan (MRCF).

Akhirnya, misi membina MRCF telah berjaya. Sekarang setiap kali mahu memancar menggunakan mobile radio, saya akan menghidupkan suis kipas sekali. Hasilnya radio lambat panas dan saya boleh berbual dengan lebih lama.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s