Mendaki Bukit Lopo

Pada 9 Februari 2016, saya dan rakan lama dari Sekolah Kebangsaan Dusun Tua telah pergi mendaki Bukit Lopo. Saya mengambil peluang semasa cuti Tahun Baru Cina ini untuk pergi menyertai program ini dan seterusnya dapat berjumpa semula dengan rakan lama yang hampir 10 tahun sejak darjah 6.

Mulanya kami telah berkumpul di Kedai Syafiq Azlan dahulu. Lebih kurang jam 9.30 kami bergerak ke kaki Bukit Lopo. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit. Saya telah pergi bersama adik lelaki (Zawawi) dan sepupu lelaki (Firdaus).

Kami mula bergerak dari kaki bukit pada jam 9.45 pagi. Perjalanan mendaki boleh dikatakan lancar. Keadaan tanah yang kering memudahkan pendakian.

090220161712

Pendakian bermula.

090220161713

090220161714

Kawasan air terjun mula kelihatan.

Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk tiba di kawasan air terjun. Kami agak terkejut kerana memang ramai pelawat yang berada di kawasan air terjun. Terdapat juga 3 kumpulan pelawat yang berkhemah di kawasan sekitar air terjun.

090220161715

Air Terjun Lopo.

090220161716 090220161718

Airnya memang menyegarkan dan sejuk hingga ke tulang. Istimewanya air terjun ini menyediakan gelongsor semulajadi yang boleh dicuba oleh mereka yang berani.

IMG-20160209-WA0001

Aidid Zahiruddin, Faris, Syafiq, Fakhrul Ameer, Zaki dan saya.

IMG-20160209-WA0005

Zaki Zailani.

IMG-20160209-WA0007

Faris.

Sebelum itu, jom lihat dan tonton video mengenai gelongsor semulajadi Air Terjun Lopo:

Seterusnya kami mula bergerak turun pada jam 1 petang. Perjalanan turun pula lebih laju dan cepat. Kami jarang berhenti. Hanya 2 kali berhenti dan sebentar sahaja. Kami mengambil masa selama 1 jam untuk turun sehingga ke kaki bukit.

090220161720

Perjalanan pulang bermula.

090220161721 090220161723

Paip air.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan sekolah rendah. Terdapat banyak perkara yang dibualkan. Semoga persahabatan kami membawa ke syurga. Insya-Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s