Barbeku di Pantai Sri Tujoh

Pada 9 Januari 2016, bersamaan hari Jumaat, saya dan beberapa orang rakan lain telah mengadakan aktiviti barbeku di Pantai Sri Tujoh, Tumpat. Aktiviti ini adalah merupakan aktiviti pertama bagi tahun 2016.

Saya anggap ia sebagai aktiviti luar jangka dan tidak terancang. Tiba-tiba, rakan saya iaitu Sharudin mengajak saya untuk turut serta. Memandangkan pada minggu pertama ini, saya pun kurang sibuk, saya terus bersetuju.

Kami telah pergi dengan 2 buah kereta. Saya bergerak bersama Afiq, Syahadan dan Ahmad. Satu lagi kereta terdiri daripada Amir, Irfan, Mukhlis, Khairul Afifi dan Sharudin. Saya telah tiba terlebih dahulu di pantai. Kami mencari kawasan yang sesuai untuk menyalakan arang untuk barbeku.

Suasana malam yang tiba menjadikan aktiviti barbeku kali ini sangat mencabar kerana ketiadaan lampu. Hanya berbekalkan lampu telefon dan pemegang buluh yang diubahsuai, kami tetap berjuang sehingga arang berjaya dihidupkan. Angin yang bertiup agak kuat juga menyukarkan kami untuk mengawal api untuk aktiviti barbeku ini.

Kami solat hanya dengan mengambil wuduk dari air laut kerana kemudahan air bersih yang terdekat agak jauh dari tempat barbeku kami. Setelah hampir jam 8, baru rakan kami yang menaiki kereta yang satu lagi tiba. Aktiviti barbeku semakin rancak. Namun, tiba-tiba saya perasan kunci kereta saya hilang apabila saya mahu mengambil air minuman di dalam kereta. Setelah berhempas pulas mencari, saya sangat bersyukur kunci kereta saya berjaya ditemui berdekatan dengan tempat barbeku. Risau yang teramat sekiranya kunci kereta tersebut hilang.

Kami telah membakar ayam, sosej dan juga ikan. Setelah semuanya masak, kami pun mula menjamu selera sambil berhadapan dengan unggun api yang menghangatkan lagi suasana malam yang dingin.

Kami telah pulang dan tiba di asrama sebelum jam 11 malam. Berikut adalah sebahagian daripada kenangan yang dapat dirakam:

IMG-20160109-WA0001

080120161691 080120161693 080120161695 080120161700 080120161701 080120161705 080120161706 080120161707

IMG-20160109-WA0004

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s