Kenduri Kahwin di Melaka

Pada 4/ 12/ 2015, saya dan beberapa orang rakan lain telah pergi ke Melaka bagi menghadiri kenduri kahwin abang kepada sahabat sekolah menengah kami iaitu Nafi. Saya telah bergerak 1 hari lebih awal iaitu pada 4/ 12/ 2015 bersamaan hari Jumaat.

Mulanya, saya telah menjemput Haziq di Stesen LRT Ampang. Haziq telah datang dari USIM Gombak. Kemudian, kami menunaikan solat Jumaat di masjid sekitar Ampang sebelum meneruskan perjalanan ke Shah Alam. Kami telah mengambil Amir Asyrani dan Faiz Zainol di Shah Alam. Seterusnya, menjemput Khairul Idzwan di Rembau.

Kami semua telah berkumpul di Umbai sebelum pergi ke rumah penginapan. Di Umbai, Nafi telah belanja kami semua makan ikan bakar dan beberapa makanan yang lain.

Menunggu rakan yang lain.

Makan malam.

IMG-20151206-WA0013

IMG-20151206-WA0031

Udang goreng.

Selepas makan malam di Umbai, kami pun bergerak ke tempat penginapan. Sepanjang makan dan berada di tempat penginapan kami banyak berkongsi cerita dan mengimbau kenangan lalu. Sangat manis dan menyeronokkan. Semuanya terdapat 10 orang rakan lama yang dapat bertemu iaitu Najib, Saufi, Ifwat, Amir, Faiz, Is Aad, Khairul Idzwan, Haziq, Nafi dan saya.

Pada pagi 5/ 12/ 2015, kami bergerak ke tempat kenduri kahwin di Masjid al-Hasanah bersebelahan dengan R&R Sg Rambai. Pengalaman baharu bagi saya iaitu kenduri kahwin tersebut diadakan dalam kawasan masjid. Bagi masuk ke kawasan tempat makan, kami terlebih dahulu perlu membuka kasut.

051220151685

Mengambil makanan.

051220151687 051220151688

Terdapat persembahan qasidah.

051220151690

Masjid tersebut bersambung dengan Mahkamah Rendah Syariah, Sungai Rambai.

051220151689

Nafi yang berbaju kelabu.

IMG-20151206-WA0033

051220151686

Pelamin.

IMG-20151206-WA0034

Pengantin.

IMG-20151206-WA0036 IMG-20151206-WA0040  IMG-20151206-WA0042 IMG-20151206-WA0043 IMG-20151206-WA0045 IMG-20151205-WA0000 IMG-20151205-WA0001 IMG-20151205-WA0002  IMG-20151206-WA0027

Sebelum bergerak balik, kami telah pergi ke Pantai Kelebang bagi menikmati Coconut Shake. Terdapat ramai pengunjung pada hari tersebut. Kebetulan terdapat 2 buah bot laju yang sedang membuat latihan di situ.

IMG-20151206-WA0041

Pantai Kelebang.

Selepas minum, kami pun bergerak balik. Perjalan pulang agak mencabar kerana hujan lebat. Saya pulang bersama Khairul Idzwan, Faiz dan Is Aad. Selepas menghantar Khairul Idzwan, kami telah berhenti solat Maghrib dan makan malam di R&R dalam perjalanan ke Shah Alam.

Saya tiba di rumah hampir jam 12.30 pagi. Satu perjalanan yang memenatkan tetapi sangat bermakna dan menyeronokkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s