Pusing Tasik Temenggor, Pulau Banding

Pada 19/ 6/ 2015 yang lalu, saya dan Mukhlis telah berpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang rakan radio amatur iaitu Pak Solah (9W2WFR). Beliau bertugas di rumah bot di tempat yang ramai kenali sebagai Tasik Banding, Perak.

Sebenarnya, saya dan Mukhlis dalam perjalanan pulang ke Kelantan kerana semester yang baharu bakal bermula. Dalam perjalanan tersebut, saya telah singgah di tempat tugasan Pak Solah. Di sana, beliau telah menunjukkan tempatnya bekerja iaitu sebagai seorang pemandu bot pelancong di Tasik Banding.

Saya dan rakan bersyukur kerana Pak Solah sudi untuk membawa kami pusing Pulau Banding dengan botnya. Perjalanan keseluruhan adalah lebih kurang selama 30 minit. Sepanjang perjalanan tersebut, Pak Solah banyak berkongsi cerita dan pengalamannya.

Saya berasa seronok kerana setelah banyak kali melalui kawasan Pulau Banding, ini kali pertama saya berpeluang untuk menaiki bot bagi melihat Pulau Banding dari sudut pandang atas air. Pak Solah juga menunjukkan beberapa tempat atau kediaman orang kaya di pulau tersebut. Saya berharap dapat berjumpa lagi dengan Pak Solah di masa hadapan.

Berikut ialah foto-foto sepanjang kami pusing Pulau Banding:

190620151591

Mukhlis Samsudin.

190620151592

Pak Solah.

190620151593 190620151594 190620151596 190620151598 190620151606

Royal Belum.

190620151607 190620151608 190620151610 190620151611 190620151613 190620151614 190620151615

Rumah bot kepunyaan Pak Solah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s