Perdana Beach Resort, PCB

Pada 25/4/2014 (Jumaat), saya dan Sharudin Damit telah pergi ke Perdana Beach Resort bagi membuat tinjauan. Saya sebagai wakil kelas telah ditugaskan mencari restoran yang sesuai bagi mengadakan majlis jamuan. Jadi, saya telah datang ke Perdana Beach Resort bagi membuat penilaian.

Lobi Utama.

Dewan makan yang berhampiran lobi utama. Walaupun terbuka, keadaannya adalah mendamaikan.

Dewan Makan.

Dewan Makan.

Terdapat juga aktiviti air seperti ‘Paddle Boat’ dan ‘Canoe’ dengan dikenakan bayaran yang berpatutan. Anda akan melaksanakan aktiviti ini di dalam kolam buatan.

Papan harga.

Kolam buatan.

Kolam buatan.

Suasana di tepi pantai. Walau bagaimanapun, pantai ini tidak sesuai dan berbahaya untuk dijadikan kawasan mandi.

Pantai Cahaya Bulan.

Bendera merah sentiasa berkibar sebagai tanda amaran bahawa dilarang mandi. Hanya bagi sesiapa yang mengerti dan memahami.

Bendera merah.

Aktiviti berbasikal juga disediakan bagi sesiapa yang berminat.

Papan harga.

Antara tarikan utama di sini ialah kolam renang yang juga dibuka kepada orang awam dan dikenakan bayaran bagi sesiapa yang tidak menginap di Perdana Beach Resort. Apabila diperhatikan masa yang dibenarkan bagi penggunaan kolam adalah dari jam 7 pagi sehingga 7 malam.

Papan harga.

Kolam renang.

Apabila tepat jam 7 malam, maka pengawal yang menjaga kolam akan mengarahkan semua pengunjung mengosongkan kolam renang. Suatu pengalaman yang baru bagi saya. Saya menganggap bahawa hal ini adalah merupakan salah satu usaha pihak pengurusan agar para pengunjung terutamanya yang beragama Islam dapat bersedia untuk menunaikan solat Maghrib. Usaha ini patut dipuji dan dijadikan contoh oleh semua pihak pengurusan hotel yang lain.

Kolam renang.

Kemudahan surau juga disediakan bagi memudahkan masyarakat muslim menunaikan solat.

Musalla.

Selain itu, terdapat tarikan daripada sejenis haiwan yang dipanggil Burung Merak Biru.

Merak Biru.

Merak Biru.

Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s