Lawatan ke Pusat Sains Negara (PSN)

Pada 26/ 3/ 2014, saya telah pergi ke Pusat Sains Negara bagi mendapatkan pengalaman dan mempelajari ilmu baru. Berikut ialah tentatif perjalanan:

0958: Bertolak dari Dusun Tua. Sarapan roti telur di Restoran Nasi Dagang.

1015: Bergerak ke Pusat Sains Negara (PSN).

1103: Tiba di PSN. Terjumpa dengan bas SMAP Labu (WJW6964) (Berjumpa pelajar SMAP Labu daripada Kohort 2) (Memasuki pameran 1001 Inventions, RM20 dan pameran Science of Fear, RM8).

1. Pameran Pusat Sains Negara (PSN):

Perjalanan dari tempat meletak kereta ke PSN memerlukan saya menggunakan jejantas. Hal ini adalah kerana tempat letak kereta berada di seberang jalan utama.

Dari jejantas pula, saya perlu berjalan kaki untuk sampai ke PSN.

Akhirnya, saya tiba di pintu untuk memasuki PSN. Terdapat kain rentang berkaitan pameran 1001 Inventions dan Science of Fear digantung.

Pergi ke kaunter tiket untuk membeli tiket bagi pameran 1001 Inventions (RM20 bagi dewasa) dan pameran Science of Fear (RM8 bagi dewasa).

Saya perlu melalui sebuah akuarium berbentuk terowong sebelum tiba di tempat pameran PSN. Pelbagai jenis ikan ditempatkan di dalam akuarium tersebut.

Di dalam PSN, saya tertarik dengan beberapa alat atau pameran. Pertamanya ialah Hap Udara.

Keduanya ialah Bilik Pengklonan.

Ketiganya ialah Batu Jeritan.

2. Pameran Science of Fear:

Selepas itu, saya pergi ke pameran Science of Fear. Para pengunjung yang ingin memasuki pameran tersebut akan melalui Zon 1 iaitu zon rumah hantu yang mengambil konsep sebuah rumah yang telah ditinggalkan “an abandoned house“. Sebelum memasuki rumah tersebut, kami telah diberikan taklimat oleh petugas yang menjaga kawasan pameran tersebut (lelaki yang berbaju biru).

Akhirnya tiba di pintu keluar dari Zon 1 untuk ke Zon 2 iaitu zon penerangan mengenai apa itu sebenarnya perasaan takut.

Sebelum memasuki Zon 2 juga, terdapat skrin video yang memaparkan apa yang berlaku di dalam Zon 1.

3. Pameran 1001 Inventions:

Kemudian, saya pergi melawat ke pameran 1001 Inventions pula.

Sebelum memasuki ruang pameran utama, kami telah disajikan dengan satu filem pendek yang berdurasi selama hampir 10 minit. Filem tersebut berkaitan Zaman Keemasan Muslim iaitu semasa zaman tersebut ramai sarjana Muslim telah mencipta pelbagai rekaan dan menemui pelbagai ilmu yang baru.

Setelah tamat filem tersebut, kami pun memasuki ruang utama pameran.

Di dalam pameran tersebut, telah disediakan alat seperti pondok telefon yang berfungsi sebagai penyampai maklumat mengenai seseorang sarjana Muslim.

Terdapat juga replika Jam Air yang direka oleh al-Jazari.

Setelah melawat ketiga-tiga tempat pameran, saya pun pergi ke kedai cenderamata bagi melihat barang-barang yang dijual.

1427: Bergerak dari PSN.

1512: Tiba di Pertronas Nanding (Solat Zuhur) (Makan di Restoran Maju Corner).

1400: Tiba di Dusun Tua.

Maaf, gambar-gambar berkaitan telah hilang. Namun, jika terdapat sebarang pertanyaan, jangan malu untuk bertanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s