Program ‘Qiam With Me’ tahun 1433H

Pada 9 Ogos 2012, saya & kawan-kawan telah pergi menyertai program ‘Qiam With Me’. Mulanya, kami bertolak daripada IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 6.00 petang. Kami berhenti di Masjid Sultan Ismail Petra untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib.

 Masjid Sultan Ismail Petra.
Bahagian dalam Masjid Sultan Ismail Petra.
Penyediaan makanan untuk berbuka puasa.

Makanan berbuka puasa.

Selepas selesai, kami bertolak ke Istana Negeri Kelantan untuk menyertai program ‘Qiam With Me’. Kami berasa sangat teruja. Hal ini adalah kerana ini merupakan pengalaman kali pertama saya memasuki kawasan istana.

Pintu depan Istana Negeri Kelantan.

Permandangan yang menakjubkan ialah permandangan laluan masuk ke Dewan Jubli Perak di dalam istana. Pokok-pokok di kiri & kanan laluan tersebut dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.

Pintu masuk Dewan Jubli Perak.

Bahagian dalam Dewan Jubli Perak.

 Dewan utama.
 Bahagian dalam Dewan Jubli Perak.
Bahagian dalam Dewan Jubli Perak.

Menunggu Solat Isyak.

Aktiviti ini juga telah disenaraikan dalam Malaysia Book of Record. Kehadiran ialah seramai lebih kurang 6000 orang. Saya ialah orang yang ke-1856.

No 1856.

Sebelum menunaikan solat Isyak & solat sunat Tarawih, kami menunggu ketibaan Sultan Muhammad V.

Sultan Muhammad V.

Kemudian, program diteruskan dengan Moreh Minda bersama Ustaz Azhar Idrus. Beliau menyampaikan ceramah mengenai Malam Lailatul Qadar

Mendengar ceramah.

Sebelum program qiamullail, kami tidur di dalam Dewan Jubli Perak. Keadaannya amat selesa dengan pendingin hawa yang dipasang.

Tidur.
 

Pada keesokannya (10 Ogos 2012), telah diadakan program qiamullail yang bermula pada pukul 4.00 pagi. Kemudian, kami bersahur secara beramai-ramai di perkarangan Dewan Jubli Perak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s