Selamat Datang!

Saya merupakan seorang pengendali radio yang berlesen (9W2ZOW) yang berkemahiran dalam menyunting video dan mengubahsuai gambar. Saya juga mahir mereka blog dan mereka aplikasi permainan yang berkaitan Counter-Strike 1.6.

Selain itu, saya juga menghasilkan beberapa aplikasi bagi telefon android. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran di IPG Kampus Kota Bharu.

Jadi, blog ini akan memuatkan semua aktiviti terkini yang saya telah lakukan. Saya berharap blog ini akan dapat menjadi wadah untuk saya berkongsi segala pengalaman dan kisah saya.

Selamat membaca!

 

Advertisements